Wednesday 6 November 2013

Daun Stevia Rebaudiana memiliki tahap kemanisan sehingga 100 Kali Ganda Lebih Manis Dari Gula Tebu ’
·         BEBAS KALORI
·         BEBAS ASID
·         BEBAS TOKSID
·         BEBAS KOLESTROL
Daun Stevia Rebaudiana Bukan Sahaja Hanya

Memberi Rasa Manis Yang Tidak Memudaratkan 

Kesihatan Anda Malah Terbukti Khasiatnya

Untuk Merawat Diabetes Dan Hipertensi 

Dengan Sangat Berkesan


Cara Penggunaan
1. Boleh Digunakan Dalam Makanan Dan Minuman Sebagai Pengganti Gula .
2. Hanya Masukkan beberapa helai daun Stevia Rebaudiana Ke Dalam Makanan Atau Minuman Mengikut Citarasa Anda.


    3. Bagi Pesakit Diabetes ,Hipertensi,Obesiti Dan Lain-Lain Selain daun Stevia Rebaudiana Di Dalam Makanan Atau Minuman Harian Anda Sangat Disyorkan Mengamalkannya Dengan Air Kosong. Berhenti Terus Daripada Pengambilan Gula Tebu Dan Elakkan Minuman Atau Makanan Yang Bergula Tinggi. Jangan Terlalu Berjimat Untuk Penyakit Merbahaya (KENCING MANIS)

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. 

Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

 Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Gula merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yangpaling memudaratkan manusia. Gula cuma menambah kalori tambahan yangjika tidak digunakan akan bertukar sebagai lemak dalam tubuh. Ia tidakmemberi sebarng nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat itudigunakan untuk memtabolismenya. Lebih buruk lagi gula menyingkirkanzat makanan daripada tubuh. Itulah sebabnya ia digelar"kalori kosong"atau makanan tanpa khasiat.

• "Gula adalah pemanis pembunuh".Kajian yang telah dibuat daripada ahli pemakanan dan saintis, Professor John Yudkin.
• Satu kajian di Finland mendapati diet yang kaya dengan gula mengurangkan kekuatan tulang tikus yang sedang membesar.
• Rencanaterbaru Newsweek yang mengetengahkan gelombang jenayah di Jepunberjudul "Devil Food Made Me Do It", melaporkan tentang kaitan diantara makanan yang terlalu banyak gula membawa kepada keganasan.






Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :

• Penyakit Jantung 
• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula 
• Kencing Manis 
• Jerawat 
• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina 
• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan 
• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa 
• Cepat Tua 
• Kegemukan 
• Sakit Sendi 
• Osteoporosis 
• Batu Karang Hempedu
Diantara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda : 
• Gula boleh melemahkan sistem imun 
• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh 
• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak 
• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah 
• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria 
• Gula boleh merosakkan buah pinggang 
• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur 
• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu 
• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita 
• Gula boleh menyebabkan perut berasid


Kanser

Gula menggalakkan kanser kerana insulin dikaitkan dengan pengeluaranhormon Prostaglandin E2 yang melemahkan sistem imun. Tumor kanseradalah pemakan gula. Paras gula dalam darah yang tinggi bermaknaterdapat bekalan "bahan bakar" tumor yang terus beredar diselurh badan.

Candida Albicans (Keputihan)

Gula turut menjadi makanan kepada yis Candida Albicans yang menyebabkan jangkitan faraj akibat pertumbuhan yis yang berlebihan.

Apabila kandungan gula dalam darah menjadi tinggi, terdapat gulatambahan sebagai makanan. Dengan itu yis bertambah berllpat gandadengan cepat sehingga menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan.

Kegemukan

Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gulaberlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak.Ini akan menyebabkan kegemukan selain dari timbulnya pelbagai masalahkesihatan yang lain.

Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

Tekanan darah tinggi adalah perkara biasa bagi orang yg gemuk.Tisu yang bertambah dengan lemak bermakna menambahkan lagi jarakkapilari di mana melaluinya darah dipam. Keadaan ini lebih menekanjantung dan arteri hingga menyebabkan pelbagai bentuk penyakit jantungyang boleh membawa kepada maut.



Daun manis pengganti gula untuk pesakit kencing manis dikategorikan sebagai pokok renek sesuai sebagai penghias penutup bumi

KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman.

Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.

Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.
Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.


Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.

Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.
Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.

Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.


SUMBER MAKLUMAT: blogNORAZIZAH BTE MOHAMED SALLEH

No comments:

Post a Comment