Wednesday 6 November 2013

KEBAIKAN STEVIA


1. Apa itu STEVIA
SUMBER:  Daun pokok STEVIA ( Keluarga Bunga Matahari)
KANDUNGAN: Stevioside
Stevioside ini menyebabkan rasa manis yang lebih daripada gula tebu
Kemanisan ini sangat begantung kepada gred stevioside dimana Gred A adalah yang paling baik berbanding dengan Gred bawahan. Harga stevia akan berubah berdasarkan tahap stevioside didalamnya.
Pokok stevia banyak ditanam di Jepun, China dan Taiwan. Mereka mengunakan sumber stevia sebagai pemanis dalam minuman dan makanan.

2. Tahap Kemanisan STEVIA
400 kali ganda lebih manis daripada gula. Kepada pengguna pertama akan merasakan STEVIA adalah berlainan dari gula dan sukar untuk bertukar  kepada STEVIA atau menikmati manis dari STEVIA berbanding Gula tebu. Ini disebabkan oleh kesan ketagihan yang dihasilkan oleh FRUCTOSE dalam gula tebu. Oleh itu kita perlu bersabar dan mengamalkan STEVIA untuk menikmati kemanisan yang tidak membawa padah.  

 3. Kandungan STEVIA
Tiada Kandungan Tenaga  : Tiada kalori (Sumber Tenaga)
Tiada Karbohidrate           :  Karbohidrate termasuk gula tebu dan lain-lain menyebabkan penyakit kronik iaitu Diabetes, Hypertension, Obesity dan Metabolic syndrome.
Tiada bahan terlarang seperti mercury, Lead.

4.Kegunaan STEVIA/BIOMANIS
Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti manis gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, Penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti. Ketiga-tiga indikasi ini telah terbukti dalam kajian Klinikal terhadap pesakit-pesakit. Tedapat kesan lain yang belum dibuktikan dalam kajian klinikal manusia tetapi telah terbukti dalam kajian tahap 1 dan 2 iaitu kajian pada tikus dan orang sihat. Antara kesan baik ini adalah mengurangkan kandungan Uric Acid, Batu karang, kerosakan buah pinggang dan juga kesan anti Oxidant. Kesan anti-oxidant ini banyak membantu dalam banyak proses penyakit dan kematian sel-sel ( proses penuaan) 


5.KAJIAN-KAJIAN MENGENAI STEVIA 

- Keterlarutan tinggi dan mudah digunakan dengan air 
- Rasa manis 200 kaliganda dari gula tebu 
- Kestabilan tinggi dalam asid atau basicity solution (pH 3-9) 
- Tidak menapai - meningkatkan jangka hayat produk tenusu 
- Sangat toleran kepada suhu sehingga 198 darjah celcius 
- Kestabilan tinggi terhadap cahaya 
- Rasa manis yang tahan lama dan stabil dalam semua proses pengeluaran makanan dan minuman 
- Mudah disimpan dan mempunyai ketahanan tinggi serta sesuai dengan keadaan suhu bilik normal

No comments:

Post a Comment